Saturday, March 27, 2010

MOCHTAR LUBIS
ARENA WATI
Bagi mendalami teori sastera, seseorang dituntut agar mempunyai kemampuan untuk berfikir secara rasional dan tidak seharusnya terlalu di pengaruhi oleh emosi semata-mata. Cabang ilmu sastera dapat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu sastera umum, sastera nasional, sastera regional, sastera dunia dan seterusnya sastera bandingan. sastera umum merupakan sastera yang berkaitan dengan gerakan-gerakan antarabangsa sepertimana Poetics dan teori sastera. Misalnya, poetics Aristotles dan teori sastera strukturalisme melebarkan sayapnya ke seluruh dunia. Bagi sastera nasional pula adalah menjurus kepada kewarganegaraan sasterawan tersebut walaupun pengarang itu menggunakan bahasa lain dalam penghasilan karyanya. Hal ini dapat digambarkan apabila sasterawan Singapura menghasilkan karya dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, sastera regional merupakan sastera dari kawasan geografi tertentu yang mencakupi beberapa buah negara sama ada menggunakan bahasa yang sama ataupun berbeza. Misalnya, sastera
Asean terdiri daripada sastera negara-negara aggota Asean yang menggunakan bahasa yang berbeza sesuai dengan negara anggota masing-masing. Sastera nusantara pula merangkumi sastera yang memartabatkan bahasa Melayu ataupun Indonesia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura Melayu. Sastera Dunia pula cenderung terdiri daripada sasterawan yang menghasilkan karya besar ataupun agung serta diiktiraf di persada antarabangsa. Karya Sastera dihasilkan dengan menggunakan bahasa yang baik bagi mencapai matlamat yang diingini untuk mengangkat darjat manusia sebagai makhluk paling mulia. Pemikiran mengenai sastera dunia sangat mempengaruhi konsep sastera bandingan khususnya pada awal kemunculannya.
Johann Wolfgang Von Goethe (1749-1832) merupakan seorang sasterawan dan pemikir Jerman. Beliau menganggap bahawa sastera merupakan dunia pemikiran dan disebabkan itulah mendalami serta menguasai sastera sama seperti mempelajari dunia pemikiran. Oleh yang demikian, beliau menganjurkan supaya karya para sasterawan besar diperdalami ataupun diperhalusi dengan sebaik mungkin agar seseorang itu dapat menelusuri dunia pemikiran dengan baik. Bagi penulis pula, setiap karya yang dihasilkan sudah tentu memiliki keistimewaan yang tersendiri bergantung kepada penerimaan khalayak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan.
Selain itu, terdapat pelbagai tanggapan berbeza yang diberikan oleh para pemikir mengenai sastera bandingan. Misalnya, Goethe cukup menekankan mengenai sastera dunia dan sastera bandingan bagi Goetha merupakan bandingan karya-karya sastera dunia. Goethe hanya memandang kepada nilai estetika sesebuah karya sahaja tetapi tidak melihat unsur pengajaran ataupun semangat kebangsaan yang ditonjolkan dalam karya tersebut manankala Matthew Arnold juga berpendapat bahawa sastera bandingan hanya berhubung dengan kebudayaan kelas tinggi semata-mata. Pandangan Matthew Arnold mempunyai banyak persamaan dengan pandangan Goethe. Pandangan Goethe lebih memfokuskan kepada sastera sedangkan Matthew Arnold lebih memfokuskan pada kebudayaan. Kedua-duanya berpendapat bahawa sastera dan kebudayaan yang bermutu rendah bukan merupakan sastera dalam erti yang sebenarnya. Menurut Raymond William pula ialah kebudayaan merupakan sesuatu perkara yang lumrah dan tidak perlu diagung-agungkan. oleh yang demikian, beliau beranggapan bahawa kawasan sastera bandingan juga akan menjadi semakin luas apabila kelonggaran diberikan.
Pengantar Menuju Aplikasi Sampel I bertemakan tentang kemanusiaan dan kemasyarakatan tetapi sebaliknya Pengantar Menuju Aplikasi Sampel II pula berkisarkan perlawanan terhadap penjajah. Kedua-dua tema ini sudah sinonim dan lebih bersifat menyeluruh tetapi tema kemanusiaan lebih bersifat universal. Jikalau ditelusuri kedua-dua buah cerpen yang dihasilkan oleh Shawal Rajab (Brunei) dan

Bagi sampel B pula, penjajah yang menakluk negara

Malaysia dan Indonesia berbeza kerana Indonesia dijajah oleh Belanda tetapi Malaysia pula dijajah oleh Inggeris. Malahan itu juga, perbezaan antara Malaysia dengan Indonesia ialah Malaysia mempunyai pelbagai bangsa tetapi sebaliknya Indonesia mengamalkan satu bangsa. Sebaliknya, dari sudut geografi pula Indonesia mempunyai keluasan negara yang besar dan penduduk yang padat tetapi Malaysia pula mempunyai keluasan yang kecil. Terdapat juga persamaan antara negara Malaysia dan Indonesia kerana kedua-dua buah negara menggunakan bahasa yang hampir sama iaitu B.Melayu dan Indonesia. Malahan, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi manakala Indonesia juga telah mengamalkan sistem demokrasi selepas kejatuhan Suharto iaitu Revolusi 1990-an tetapi sebaliknya sebelum ini mengamalkan Republik Indonesia.
0 comments:
Post a Comment