LATAR BELAKANG TOKOH

Saturday, March 27, 2010

PETA JAWA TENGAH

Budi Darma merupakan salah seorang penulis Indonesia. Beliau dilahirkan di Rembang, Jawa Tengah pada 25 April 1937. Beliau pernah mendapat pendidikan di Kudus, Salatiga dan Sekolah Menengah Atas Semarang.

Kemudian, beliau mengikuti pengajian sastera barat di Fakulti Sastera dan Kebudayaan Universitas Gajah Mada serta menamatkan pengajian pada tahun 1963. Beliau mendapat biasiswa daripada East West Centre di Universitas Hawai, Honolulu Amerika Syarikat selama dua tahun bermula 1970 sehingga 1971. Pada tahun 1976, beliau memperoleh gelaran Master of Arts in English Literature daripada Universiti Indiana, Bloomington, Amerika Syarikat dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah di universiti yang sama pada tahun 1980. Judul disertasi Ijazah Doktor Falsafah bertajuk Character and Moral Jugment in Jane Austin’s Novel.

Di samping itu juga, menerusi kerangka kerjasama Majlis Sastera Asia Tenggara(MASTERA) , beliau dilantik untuk menjadi fasilitator dalam wadah Program Penulisan Mastera iaitu tahun 1998 sehingga 1999 bagi melahirkan cerpenis muda yang berbakat sama ada daripada Brunei Darussalam, Indonesia dan juga Malaysia. Kedudukannya yang utuh sebagai pengarang cerpen menyebabkan hasil karyanya dijadikan sebagai bahan seminar, penelitian ataupun sumber rujukan.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Dekan Fakultas Keguruan Sastra dan Seni (1963-1966 dan 1970-1974) di Universitas Negeri Surabaya. Malahan, beliau pernah menjadi anggota Dewan Kesenian Surabaya dan Rektor IKIP Surabaya pada tahun 1984 sehingga 1988. Pada tahun 1980, beliau telah dilantik visiting associate research di Universitas Indiana. Selain itu, kini beliau masih lagi berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universitas Negeri Surabaya.



PUTU WIJAYA

Wahyudi Siswanto mengulas kenyataan (Teeuw, 1989) yang mengatakan bahawa Budi Darma merupakan salah seorang tokoh prosa Indonesia Angkatan 1970-an. Selain itu juga, beliau turut dikenali sebagai seorang pengarang yang revolusioner pada waktu itu terutama dalam aspek prosa fiksi. Budi Darma, Danarto, Putu Wijaya dan Iwan Simantupang dapat diklasifikasikan sebagai pengarang yang paling menghasilkan pembaharuan khususnya dalam teknik fiksi dan juga isinya.


IWAN SIMANTUPANG

Di samping itu, Budi Darma juga dikenali sebagai seorang penulis yang fleksibel kerana keupayaannya sebagai tokoh cerpenis, novelis dan juga pemikir. Tambahan pula, hasil karya sastera yang dinukilkan oleh beliau mempunyai pemikiran tersendiri selari dengan matlamat untuk melahirkan pembaca yang kritis. Beliau turut berjinak-jinak dengan karya sastera terutama puisi sejak berada di bangku sekolah lagi dan mengambil inisiatif untuk menghantar puisi tersebut dalam majalah Budaja (Yogyakarta). Hasil tulisan beliau turut tersebar dalam pelbagai majalah iaitu Horison, Basis, Budaja, Contact, Gama, Gadjah Mada, Gema Mahasiswa, Indonesia, Roman, Tjerita, Forum, Matra dan Gelora. Malahan itu, hasil penanya juga tersebar dalam akhbar Kompas, Minggu Pagi dan Jawa Pos. Selain dalam bahasa Indonesia, beliau juga menulis dalam bahasa Inggeris. Terdapat beberapa buah cerita pendek yang dihasilkan dalam bahasa Inggeris untuk diterbitkan di Indiana, Bloomington Amerika Syarikat (Wahyudi Siswanto 2005: 3).


Budi Darma juga dikenali sebagai seorang pengarang absurd kerana karya-karya yang dihasilkan membicarakan mengenai sesuatu perkara yang aneh. Hal seumpama inilah yang menyebabkan beliau menjadi seorang tokoh yang unik dalam prosa Indonesia masa kini. Majalah Horison merupakan sebuah majalah yang menerbitkan karya sastera Budi Darma buat kali pertama iaitu pada tahun 1969. Tahun 1970-an merupakan tahun kemuncak bagi penulisan cerpen-cerpen beliau. Kritikus Adinan merupakan sebuah cerpen yang panjang dan memiliki plot cerita yang baik.


MENARA KUDUS





0 comments:

Post a Comment